SERI KEMBANGAN 23 SEPT : Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau tidak ada kekuatan untuk mengambil tindakan terhadap dua pengetua sekolah yang menggunakan kata-kata berbaur perkauman, walaupun beliau adalah Menteri Pendidikan.
"Menteri tidak boleh membuat keputusan (tentang ini). Jadi kes-kes yang melibatkan hal-hal tertentu, termasuk para pengetua harus diputuskan oleh badan displin," kata Timbalan Perdana Menteri itu di Istana dari hotel Palace Of The Golden Horses.
Memetik laporan The Malaysia Insiders, beliau menyatakan pengumuman mengenai hal berkenaan sudah dibuat dan rakyat perlu menunggu keputusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Jika ada kes dakwaan terhadap pengetua sekolah, maka jawatankuasa disiplin akan mengeluarkan surat tunjuk sebab tetapi mereka akan diberi peluang untuk membela diri " katanya.
Kerajaan Pusat sebelum ini dikecam hebat kerana gagal bertindak cepat dalam hal ini sedangkan kementerian tangkas bertindak dalam isu melibatkan kes penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee atau "Namewee".
Ia menghadirkan kritikan pimpinan Pakatan Rakyat yang mendapati pemimpin Umno Barisan Nasional mengamalkan dwi-standard dalam menangani kedua-dua isu itu.
Sumber: http://tvselangor.com/v2/news-section?t=4974
0 ulasan:
Catat Ulasan