twitter
    Or view on the sidebar for updates

Menteri tak ada Teloq!!

SERI KEMBANGAN 23 SEPT : Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau tidak ada kekuatan untuk mengambil tindakan terhadap dua pengetua sekolah yang menggunakan kata-kata berbaur perkauman, walaupun beliau adalah Menteri Pendidikan.

"Menteri tidak boleh membuat keputusan (tentang ini). Jadi kes-kes yang melibatkan hal-hal tertentu, termasuk para pengetua harus diputuskan oleh badan displin," kata Timbalan Perdana Menteri itu di Istana dari hotel Palace Of The Golden Horses.

Memetik laporan The Malaysia Insiders, beliau menyatakan pengumuman mengenai hal berkenaan sudah dibuat dan rakyat perlu menunggu keputusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Jika ada kes dakwaan terhadap pengetua sekolah, maka jawatankuasa disiplin akan mengeluarkan surat tunjuk sebab tetapi mereka akan diberi peluang untuk membela diri " katanya.

Kerajaan Pusat sebelum ini dikecam hebat kerana gagal bertindak cepat dalam hal ini sedangkan kementerian tangkas bertindak dalam isu melibatkan kes penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee atau "Namewee".

Ia menghadirkan kritikan pimpinan Pakatan Rakyat yang mendapati pemimpin Umno Barisan Nasional mengamalkan dwi-standard dalam menangani kedua-dua isu itu.

Sumber: http://tvselangor.com/v2/news-section?t=4974

BERSIH 2.0 : BETULKAN LOKALITI MENGUNDI, PINDAH PENGUNDI TIDAK SAH

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.

Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.

Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ambiga berpendapat bahawa walaupun SPR mengesan kewujudan kesilapan dalam sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen, ia tidak harus mengganggu sempadan sedia ada.

Sumber: Malaysia Insider.

=========

Inilah kerja SPR selama ini

Kenapa SPR boleh berbuat bagini ?

Setiap 10 tahun mengikut perlembagaan boleh dibuat persempadanan semula. Ini memandangkan pertambahan penduduk. Juga boleh ditambah jumlah kerusi adun dan parlimen. Tetapi persempadan semula ini wajib diluluskan oleh parlimen.

Selama 50 tahun inilah kerja gerombolan mengubah dan mengalih persempadanan untuk memastikan mereka terus berkuasa. Kali akhir persempadanan semula dibuat pada tahun 2000.

Persempadanan semula tahun 2000 dilakukan kerana pada tahun 1999 pengundi Melayu telah lari untuk
mengundi Barisan Alternatif. terenganu jatuh ke tangan PAS dan Parti Keadilan Nasional mula bertapak.

Hasil dan mangsa yang paling jelas dipersempadanan semula tahun 2000 ialah kerusi Mahfuz dan Mat Sabu dimana sempadan telah dialih alih hingga mereka kalah pada tahun 2004.

Jadi apabila dibuat persempadanan semula tahun 2000 – barua SPR – telah memastikan seboleh bolehnya tidak ada kawasan di pantai barat yang majoriti melayunya tidak melebihi 80% - kawasan seperti ini akan lari kepada PAS.

Justeru persempadanan semula tahun 2000 telah melakukan banyak perubahan dimana banyak kawasan Melayu dikurangkan pengundi Melayu untuk tinggal menjadi 60% sahaja. Pengundi bukan melayu dibawa masuk. Ini untuk memastikan pas tersepit.

Presto!

Kawasan dimana undi Melayu 60% adalah wilayah natural Parti Keadilan Rakyat !

Inilah yang berlaku sekarang. Kawasan-kawasan yang dulunya dianggap selamat oleh gerombolan kini tidak selamat lagi. Helah yang sama ini telah pernah dilakukan sesudah 13 mei dulu. Ini untuk memastikan pengurangan pengundi China. Di wujudkan apa yang dipanggil Wilayah Persekutuan. Ini bertujuan untuk mengempiskan pengundi China. Pada awalnya helah ini berjaya untuk sementara waktu tapi lihat pada hari ini Wilayah Persekutuan dan pusat pusat kota terus menjadi kubu Pakatan Rakyat.

Baca seterusnya di sini